myra ixorra *pinky.flush*
 Online Users





TIPS : andainya LELAKI lebih tahu
Tuesday, August 9, 2011 * 0 Hello Kitty *
andainya lelaki tahu...:h:
apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya,
tetapi lelaki itulah segalanya di hatinya

andainya lelaki tahu...:h:
apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus mencintai lelaku itu

andainya lelaki tahu...:h:
apabila seorang perempuan marah, mmg dia tidak mampu mengawal perasaannya tetapi percayalah... itulah maknanya dia sangat menyayangi dan mengambil berat tntg lelaki itu..
lihat sahaja pada pasangan yg baru bercinta, mereka jarang bergaduh.. tetapi percayalah semakin bertambah sayang antara mereka, semakin bnyk pula pertelingkahan yg berlaku..

andainya lelaki tahu...:h:
apabila perempuan banyak bercakap..dai tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tetapi dia mahu pasangannya mengenalinya dgn lebih dekat..

andainya lelaki tahu...:h:
apabila perempuan mengatakan dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik..
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda..

andainya lelaki tahu...:h:
apabila perempuan cemburu dan tidak mempercayai anda, bukan bermkna dia tdk syg..
tetapi dia terlalu syg anda dan menganggap anda spt anak kecil yg masih memerlukan sepenuh perhatian.. kadang2, dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang di beri.. naluri keibuannya kuat.. dia hanya mahu yg terbaik untuk anda..

andainya lelaki tahu...:h:
apabila perempuan merajuk.. jangan cakap dia mengada2.. dia bukannya mahu dipujuk dgn bunga sedozen atau wang ringgit, tetapi cukuplah dgn perhatian yg lebih supaya perempuan rasa dihargai..

andainya lelaki tahu...:h:
apabila perempuan jarang mengucapkan "ILOVEYOU".. itu bukan bermaksud dia tidak menyintai anda , tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya..
bukan hanya hadir melalui kata-kata, tetapi melalui bahasa tubuhnya juga..

andainya lelaki tahu...:h:
apabila perempuan mengatakan bahawa dia sangat rindukan anda.. itu adalah benar..apabila berjauhan, bayangan anda akan sentiasa di ingatannya..

andainya lelaki tahu...:h:
apabila perempuan mengatakan bahawa lelaki lain lebih baih dari anda..
jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu..dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi terbaik dimatanya..walaupun sebenarnya kamulah yg terbaik di matanya..selagi dia dgn kamu.. percayalah.. walaupun dia mengaggap ramia lagy lelaki lain yg baik di luar sana.. tetapi jauh di sudut hatinya, kamu tetap yg terbaik berbanding lelaki lain..

andainya lelaki tahu...:h:
apabula perempuan menjadi degil..dia bukan bermaksud untuk menjadi lebih degil.. dia hanya mahu melihat sejauh mana lelaki itu sanggup bersabar dgn karenahnya. percayalah. hati perempuan sungguh lembut bak kaca..

andainya lelaki tahu...:h:
apabila perempuan berkata "tolong tinggalkan saya", dia tidak bermaksud utk menyuruh anda pergi selama-lamanya..dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja..apabila kembali tenang.. percayalah, anda orang pertama yg akan dicarinya.. perempuan sukar utk mengawal perasaan.dia terlalu emosional.. tetapi dialah yg paling menyayangi anda dan peka tentang perubahan2 yg berlaku dlm diri anda..

andainya lelaki tahu...:h:
sememangnya ALLAH SWT menciptakan lelaki dan peremouan itu dgn perbezaan yang tersendiri.. jika mereka saling memahami, mereka dapat memenuhi, melengkapi dan menyempurnakan antara satu sama lain.. perempuan itu diciptakan oleh ALLAH SWT dgn sangat indah sekali.. di sebalik air matanya.. tersimpah seribu kekuatan yang boleh membuatkan lelaki berasa selamat di sampingnya.. biarpun zahirnya perempuan tampak lemah, tetapi dia punya kekuatan yg boleh menggoncang dunia dan membuat lelai lemah kerananya...

jadi.. hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan hanya dgn kelemahan, tetapi juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.. dialah yg bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu terbaik kepada anak2 anda.. sekian..

*entry ini di copy paste dari seorang blogger lain.. dan diedit sedikit oleh kita sendiri.. wahai kaum lelaki.. RENUNG RENUNGKANLAHH "


thanx for reading tiz entry . leave a comment ? :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction